Wednesday 28 July 2010


"Cantiknya seorang muslimah dengan keayuan paras yang menjadi penyejuk mata setiap insan yang memandang.Keayuan disebalik kelembutan dan ketulusan hati yang tidak dicemari segala kotoran dosa yang membawa kepada kemurkaanNya."Cantiknya seorang muslimah dengan kesopanan disebalik pemakaian yang disunnahkan dalam agama.Pakaian yang menutupi aurat tidak menampakkan susuk tubuh yang diamanahkan untuk dijaga dengan penuh keperihatinan."Cantiknya seorang muslimah dengan kemanisan senyuman yang dilemparkan dengan penuh keikhlasan.senyuman yang bukan kerana perkara yang tidak sepatutnya disebalik kepribadian yang menjadi tonggak dalam hidup."Cantiknya seorang muslimah dengan kesungguhan memartabatkan maruah agama dari tercela dek nafsu durjana insan yang tidak berperikemanusiaan.Sedaya memperteguhkan maruah keluarga dan maruah diri demi mempertahankan agama dari dicela mereka yang jahil dan munafik."Cantiknya seorang muslimah dengan keperibadian yang sempurna,dengan maruah yang sentiasa terjaga,dengan kesopanan dalam pakaian indah melambang kesusilaan.Isi ruang hati yang kosong,penuh dengan segala ilmu kebaikkan agar tidak tercemar dengan debu dunia yang penuh dengan kotoran dosa yang membawa kepada kemurkaan Allah....

No comments:

Post a Comment